Monday, March 29, 2010

Ahli Umno minta bantuan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 29 Mac - Setelah dikecewakan oleh parti yang berbangga sebagai 'Juara Rakyat', penduduk setinggan kawasan Kempas di Johor Bharu yang kebanyakan adalah penyokong Umno terpaksa meminta pembelaan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan di pejabat di tingkat 14 Bangunan Parlimen, penduduk malang yang dihalau daripada penempatan yang menjadi tempat berteduh mereka selama lebih 30 tahun menyerahkan memorandum kepada Anwar.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 31 Mac dan akan turut membincangkan masalah penduduk di kampung tersebut.

"Kita akan teliti isi kandung memorandum ini di mesyuarat Pakatan Rakyat pada 31 Mac nanti dan apa bentuk tindakan yang kita boleh ambil untuk meringankan beban penduduk," jelas beliau.

Wakil penduduk, Ramli Ibrahim berkata setakat ini lebih 2,000 penduduk daripada 320 keluarga telah dihalau daripada sekitar kawasan setinggan Kempas tanpa sebarang pembelaan atau pampasan.

Baki sebanyak kira-kira 7,600 penduduk daripada 1,600 keluarga kini menunggu saat mereka diarah keluar oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang memiliki tanah tersebut.

"Apa yang kita mahu ialah pampasan sebanyak RM30,000 setiap keluarga. Kita lihat di Kampung Buah Pala, kerajaan negeri berusaha sampai penduduk dapat RM200,000 pampasan setiap keluarga dan begitu duga Kampung Berembang di Selangor.

"Kami jumpa wakil rakyat Kempas, Datuk Osman Sapian tapi dia menunjukkan sikap nak gaduh dengan kami. Dia kata,"pergilah minta tolong dari pembangkang, kalau saya minta awak semua RM100 sebulan selama 30 tahun tinggal di atas tanah kerajaan berapa awak kena bayar?". Macam inikah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno kepada kami rakyat Melayu miskin?," tegas Ramli.

Ramli mempertikaikan sikap kerajaan negeri yang memilih untuk memberi pampasan kepada pindah yang diarah berpindah.

"Ada kawasan setingga di sekitar Kempas mendapat pampasan, ada yang dapat RM10,000. RM20,000 tapi kami disini dihalau begitu sahaja.

"Kami amat berharap Datuk Seri Anwar sebagai pejuang rakyat boleh membantu kami mendapatkan pampasan dan pembelaan yang amat kami harapkan. Kami orang Melayu tapi Umno biat tak tahu sahaja untung nasib kami," kata Ramli lagi.

sumber Suara Keadilan online

Wednesday, March 24, 2010

Bloggers Jalanan Pro Ump No BeEnd terkedu


Bloggers Jalanan Pro Ump No BeEnd terkedu bila DSAI dedahkan Kempen 1 Malaysia ciplak dari kempen 1 Israel. Semalam aku sempat la lepak dengan sorang kawan bloggers pro UmpNo kt pot biasa Sek 7 shah alam, tengah duk sembang-sembang terkeluar la plak cite 1 Malaysia, dia sendiri pun terkejut dengan pendedahan tu, dia cakap "aku pun x leh ckap apa lah, aku ingat ini idea Najib" itulah ayat yang terkeluar dari mulut si mamat ni, si mamat ni kalu korang nk tau dalam blog dialah yang duk tak renti-renti tuduh DSAI ejen Israil dari dulu lagi, dulu mamat ni masa dlm PKR dia anti PAS, la ni duk anti tahap gaban pada PKR pulak.

Lagi satu aku nk cite la kan, mamat ni masa himpunan Bersih dia tak pegi, aku duk la telipon ajak dia, ni dia kata "wat pa hang pi, bukan nye ramai pun yang turun". Masa aku duk tengah-tengah ribuan manusia depan Istana aku siap wt video call kt dia tunjukkan ramainya rakyat turun masa tu. Pastu masa himpunan Hindraf kt Klang aku tak gi sebab anak aku sakit, dia pulak wt video call siap tunjuk duk bediri sebelah Gobind Singh (anak Karpal Singh) tp dlm blog dia duk melalak memperjuangkan hak melayu konon. Apa lh kawan aku sorang ni... Lu Pk Lh Sndri

Thursday, March 18, 2010

Zahrain, Tanpa Sedar Menjatuhkan Imej Agong, ATM Dan MP BN


Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Tindakan Zahrain ini menunjukkan ketidakmatangan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen yang mahu membela nasib rakyat dan menyerlahkan kebodohan dirinya sendiri.

Zahrain dalam sidang Dewan Rakyat mendedahkan Anwar telah menyatakan kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan menyokong beliau sebaik sahaja majoriti Anggota Parlimen Barisan Nasional yang melompat diperolehi pada 16 Sept lepas.

Antara 8 Anggota Parlimen BN yang dikatakan akan melompat, seperti yang dikatakan zahrain adalah Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Salleh), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah). Adakah kelapan-lapan MP BN ini akan membuat sidang media menafikannya?

Oleh kerana tindakan Zahrain yang menembak membabi buta itu telah menyebabkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam sidang media menafikan dakwaan bahawa Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam menyokong tindakan perlantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke- 6.

Apakah selepas ini akan ada pula penafian dari pihak istana menyatakan sultan tidak terlibat dengan projek 16 Sept? Alahai Zahrain kerana wang habis semua kau 'sauk'...

Friday, March 12, 2010

Penyokong Pakatan Semakin Berkurangan Semasa Ceramah!















Kesemua gambar-gambar diatas telah dirakam dari kiri pentas




Dua keping gambar diatas pula dirakam dari kanan pentas




Dua keping gambar ini pula dirakam dari tengah-tengah hadirin












Gambar-gambar diatas pula telah dirakam dari belakang hadirin

Masih ada harapankah Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia pada PRU akan datang.??