Tuesday, July 27, 2010

Bloogers Pro BN yang sengal..

Semalam aku terima mesej dari kawan-kawan lama yang semakin cenderung pada UmpCo (geli lh nk taip), dia kata blog hentam Suhaimi, "Keris Putera" semakin hari semakin mendedahkan siapa YB Suhaimi Raja Pasir, aku pun bukak lah blog yang dicakapkan tu, ni aku nak bagitau, 1st aku bukak dia cerita pasal YB Suhaimi nk lawan YB Yakob, apa punya sengal lah budak hingusan Keris Putera ni,

YB Suhaimi ni pembantu exco YB Yakob, dia dh jawabpun dia yang menjaga hal ehwal pasir di Selangor, lagipun ketika menjawab dia merupakan Director syarikat dan menjawab bagi pihak KSSB, baru betul, bukan macam Noh Neh yg datang dari plenet mana tah tu gi cakap pasal pasir selangor dan dalam masa yang sama a/l Toyo pun cakap jugak benda yang sama plak tu, tu baru le kes nak jatuh menjatuh (sume orang dh tau dah, orang umno yang bagitau)...

Pastu aku bukak la plak Rumah Banglo yang dikatakan milik raja pasir di Setia Alam, bila aku bukak sama plak umah yang dekat dengan tempat kerja lama aku Proton Tanjung Malim, aku buktikan kt sini Klik Sini .. tengok serupa tak dengan rumah yang mamat sengal ni upload..?? Sengal -sengal.. Rupanya gambar copy paste jew.. sengal nye mamat Keris Putera ni..

Monday, July 19, 2010

Siapakah pemilik Lubang ini..??

PANAS...!!!!

Tunggukan pendedahan oleh YB Shuhaimi tentang lubang besar yang terbentuk ini.

Apakah punca lubang ini terbentuk ?
Siapakah yang bertanggungjawab ?
Supermankah, Ultramankah atau Keluangman?

Siapa punya angkara? Maklumat yang kami terima, gambar ini adalah antara gambar yang diambil pada tahun 2008 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor dimana YB Shuhaimi dan beberapa pegawai PTD dan PTG membongkar aktiviti rakus pencuri pasir yang tidak memperdulikan arahan Pihak Berkuasa.

Kenapakah mereka begitu berani ?

Kenapakah mereka begitu berkuasa ?

Siapakah yang memberi mereka kuasa ?

Siapakah yang berselindung disebalik isu pasir di Selangor ?

Nantikan pendedahan YB Shuhaimi dan Kerajaan Negeri Selangor, inilah yang sebenarnya di takutkan oleh BN dan Umno Selangor. Nantikan gambar-gambar dan bukti-bukti yang lebih Panas..!!!

Tuesday, July 13, 2010

Lombong pasir - salah fakta

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengatakan syarikat itu pasti gambar tersebut diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat dan bukannya di Bukit Canggang seperti dilaporkan media.

"Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

"Kelulusan daripada jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB.

Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands,"jelas Abdul Khalid dalam kenyataan beliau hari ini.

Menurutnya, syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar.

Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG, kata Abdul Khalid lagi.

"Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

"Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

"Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya RM10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar," jelas Menteri Besar.

Kata Abdul Khalid, adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir.

"Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian. Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Sunday, July 11, 2010

Khir Toyo akhirnya dedah sendiri Kerakusan Umno BN di Selangor mencuri pasir

Lawak apa lah yang Mat Tempe ni cuba buat aku pun tak tahu la, Mat Tempe ni cuba jadi hero bila dedahkan aktiviti curi pasir dalam Sinar Harian hari ni (12/07/10). Aku rasa lah kan, kalau orang luar Selangor mungkinlah boleh di kelentong, tapi kalau orang Selangor semua tahu siapa kepala curi pasir dalam Selangor ni.

Aku rasa lah kan, tempat yang Mat Tempe pegi tu kan (dan bbrapa tempat panas yang lain) dah dibuat operasi beberapa kali oleh PTG, PTD dan KSSB, tapi seperti ada kuasa luarbiasa pemaju tu lah kan, selang beberapa minggu operasi jalan balik.

Aku dengar (tul ke tak tah la) kat situ jugak lah YB Shuhaimi pernah disekat oleh beberapa MPV bercermin gelap dari memasuki kawasan tu, tapi kan macamana Mat Tempe ni boleh masuk dengan mudah yek..?? Pelik, pelik, siap bawak press lagi tu.. Hebat power Mat Tempe ni..

Tadi aku dengar Sidang Dewan Negeri bila Sungai Burong tanya pasal pasir ni, MB jawab dulu curi pasir ni tak didedahkan pun pada semua, orang kampung tak tahu pun aktiviti-aktiviti tu semua haram sebab semua didalangi oleh orang-orang besar ni, sekarang bila Kerjaan PR ambil alih baru orang kampung buka mata, baru tahu semua projek pasir ni rakyat yang punya, bukan Kerajaan BN yang punya..



Antara kawasan yang YB Shuhaimi tinjau sejak 2008 menjalankan pencurian pasir yang dilindungi oleh tangan-tangan ajaib

*Sorang pakcik dari Kampung Jalan Kebun tadi tanya aku, "kata pasir ni rakyat yang punya, kalau halal mana pegi duit penjualan pasir masa zaman BN dulu..?? Kalau haram, mana kawasan dan pemaju yang telah di tangkap??
Aku jawab tanyalah MB dulu yang jugak Mat Tempe yang cuba jadi hero Malaya tu...?????

Saturday, July 10, 2010

Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000

Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 8 Julai - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mempersoalkan aset tunai berjumlah RM300,000 yang dimiliki seorang Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang dirompak beberapa hari lalu di rumahnya.

Azan merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 6 Julai lalu mengenai tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah dalam kejadian pecah rumah Exco tersebut di Pantai Selamat, Kuantan.

"Dalam berita ini perompak telah melarikan RM300,000 wang tunai dari kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana seorang Exco kerajaan negeri menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan kediaman sendiri.

"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco.

"Kita minta pihak berkuasa menyiasat laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah," ujarnya dalam sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.

Katanya, Pakatan Rakyat mendesak satu laporan terperinci berkenaan kejadian itu termasuk tindakan polis melepaskan tembakan kepada suspek terbabit.

"Kita ada statistik yang agak membimbangkan," tambah beliau.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, polis tidak menjelaskan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati.

"Siapakah mereka, apakah perlu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh ke empat orang. Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada survivor dalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kenapa perlunya membunuh semua," soal beliau.

Tian Chua berkata, selain itu timbul keraguan mengenai empat butir peluru yang telah dicuri dari rumah exco berkenaan.

"Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," ujarnya.

Beliau turut memetik statitik yang telah dijawab secara rasmi oleh Kementerian dalam negeri dewan berhubung kes tembak mati oleh pihak polis, iaitu sembilan kes pada 2005, 16 kes pada 2006, 13 kes pada 2007, 82 kes pada 2008 dan 88 kes pada 2009.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendesak polis supaya memberikan penjelasan berhubung isu tersebut memandangkan trend yang serupa berlaku dalam kejadian tembak oleh polis.

"Trend polis dari awal, bila tembak ada parang. Ini cara biasa, lepas tembak ada parang. Saya minta pihak polis beri gambaran jelas trend ini berlaku sudah lama.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan exco berkenaan yang memiliki wang tunai sehingga RM300,000.

"Mana wang ini datang, sepatutnya SPRM siasat wang ini. Bagaimana Exco ada RM300,000. Bukan siasat isu pasir sahaja," tegas beliau.


Suara Keadilan

Wednesday, June 30, 2010

YB Shuhaimi diminta beri keterangan di SPRM...????

Tak sampai pun 24 jam selepas pendedahan YB Shuhaimi berkenaan penglibatan beberapa Pemimpin Umno Kota Raja didakwa mengambil tanah secara haram di sekitar Kota Raja, beberapa orang pegawai SPRM masuk ke Pejabat Adun Sri Muda untuk menyerahkan surat bagi beliau hadir ke Pejabat SPRM pada hari esok (1 Julai 2010) Jam 3.00 petang bagi memberi keterangan berhubung perkara yang beliau sendiri tidak tahu menahu.

Macamana nak bagi maklumat atau keterangan sedangkan tujuan beliau dipanggil masih lagi menjadi tandatanya. Apakah begitu hebat kuasa Umno Kota Raja sehingga sesiapa yang mendedahkan ketidaktelusan mereka akan ditangkap dan didakwa?

Kita tunggu dan lihat apa yang mereka (SPRM) mahukan dari YB Shuhaimi, Apakah salah jika YB Shuhaimi yang juga merupakan Pembantu Exco yang menjaga Pengurusan Sumber Alam Negeri mendedahkan nama mereka yang melakukan penyelewengan?

Tuesday, June 22, 2010

Bukan 1 tapi 2 Adun BN bakal letak jawatan dalam masa terdekat.

Beberapa jam selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor dimana sebelum itu angin bertiup kencang melibatkan Adun BN YB Dato' Mohamad Satim Bin Diman akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk Adun Sri Serdang kerana merajuk, timbul satu lagi nama Adun BN yang tiba-tiba terus menghilangkan diri sebaik mesyuarat itu selesai, tindakan beliau itu dikhabarkan kerana tidak bersetuju dengan tindakan beberapa pimpinan Umno negeri serta mempertahankan tindakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, YB Satim yang tidak hadir... Apa disebalik isu Mesyuarat itu yek..?? Kita tunggu dan lihat..

Wednesday, May 26, 2010

Dulu MCA, kini MIC dan selepas ni UMNo

Begitulah agaknya cerita sadis BN yang akhirnya akan tenggelam macam TITANIC, seperti ungkapan kata-kata Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika berucap di Mesyuarat Agung Luar Biasa Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati 2 tahun lalu, "Umno umpama kapal yang sudah rosak dan hendak karam sekarang ini."

Bermula dengan MCA, kini MIC pulak bergolak, ceritanya hampir serupa, perebutan kuasa Presiden, akhirnya parti karam, Pelakon utama filem memenangi kerusi Presiden MCA, apa nak dikata lagi pun tak tahu la. Kali ni rebut kerusi Presiden MIC plak. apa pulak lah ceritanya.

Dengar-dengar di kem Umno pun dah mula bergolak selepas PRK Sibu, PM dan TPM dah mula salah menyalah, ditambah pulak dengan tuduhan anak Samy Vellu, S. Vell Paari berkenaan konspirasi Umno menjatuhkan MIC. Macam-macamlah BeEnd ni.. BeEnd semakin gagah walaupun kapal bocor sana sini. Apa Kata Survey..??

Tuesday, May 11, 2010

ADA KUDA LUMBA SALAH, BEJUDI TAK SALAH....

Daripada beberapa sumber menyatakan bahawa kerajaan telah meluluskan lesen perjudian bolasepak dengan bersyarat kepada Ascot Sport yang di miliki oleh Tan Sri Vincent Tan.

Walaupun tiada pengumuman rasmi daripada kerajaan tetapi sumber menyatakan bahawa Perdana Menteri telah menandatangani lesen untuk perjudian bolasepak semalam.


Itulah agaknya yang makcik ni cakap bila di tanya soalan tentang judi, lagi satu mungkin dia akan cakap, GAP cakap undi orang yang ada kuda lumba dosa, tapi kalau undi parti yang lulus lesen judi tak dosa, makcik tak wat salah, kalau salah kenapa kerajaan luluskan lesen judi, tul tak?? ooowwhhh macam tu ye makcik. Berbahagia lah ye makcik, usaha itu tangga kejayaan..

Tuesday, May 4, 2010

Menteri Besar Perak Haram patut disiasat

Apakah kewajaran sebuah kerajaan menyumbang wang dari dana kerajaan atau dengan nama lain adalah wang rakyat untuk disumbangkan kepada sebuah parti politik. Seperti yang dilaporkan dimana dikatakan Kerajaan negeri perak bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM 50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri Perak.

Dimanakah suara-suara orang-orang melayu Umno yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat dibawah DS Nizar menggunakan wang rakyat dan harta negeri untuk diberikan kepada DAP Perak suatu ketika dahulu..??

Apakah MCA bukan Cina seperti DAP yang orang Umno bangkitkan? Apakah Umno di Perak terbela sehinggakan Umno rela duit rakyat diberikan kepada setiap Bahagian MCA RM 50k setahun? Apakah ini dibolehkan, sedangkan dalam kes Teoh Beng Hock beliau disiasat dengan hanya kerana dikata ada ADUN menyalahgunakan wang peruntukan RM2,400 untuk membeli bendera Malaysia..

Tahniah Pak Kojam...

Berita tentang Pak Kojam ni akan dilantik dalam Kabinet bukan cerita baru, aku dah dengar dari mulut GAP sejak dari Tahun 2008 lagi, seperti yang kita ketahui Ezam Mat Nor atau dikenali dengan panggilan Pak Kojam oleh budak-budak Shah Alam mengangkat sumpah sebagai senator Dewan Rakyat pada 3.5.2010 yang lepas, tapi tahukah anda berita tentang offer ezam kedalam kabinet BN ni bukan cerita baru, GAP pernah bercerita kepada saya pada hari Ezam melepaskan jawatan pengerusi Gerak pada 15.05.2008 (kurang 12hari lagi genap 2 tahun.)

Tapi ceritanya lebih agak menyeramkan, Ezam akan dilantik sebagai Menteri penuh, dan apabila ianya terjadi seluruh rakan-rakan Anwar akan berpaling kepada Ezam, "masa tu aku dah senyum, ko duk la sokong Pak Syeh tu.." itulah antara ungkapan GAP yang masih aku ingat, mungkin benar apa yang GAP cakapkan, sebab itulah beberapa orang pimpinan yang gila kuasa dan harta mula meninggalkan PKR, sebab diorang dah tahu Ezam akan diserap masuk dalam Kabinet.

Selepas ni kita akan lihat pimpinan PKR yang dah tak sabar gila kuasa akan melompat ke Umno dan akan jadi budak suruhan Ezam pula. Rakan-rakan lama dalam PKR yang ikut Ezam dah mula senyum dan ketawa selepas majlis angkat sumpah semalam.

Tapi mampukah mereka gelak sehingga pilihanraya yang ke 13 nanti..?? Apakah mereka lupa tentang peralihan sokongan rakyat yang semakin condong kepada Pakatan Rakyat? Apakah mereka lupa bahawa perlantikan Ezam adalah kerana MP BN tidak mampu lagi menangkis hujah-hujah bernas DSAI yang semakin diterima rakyat? Apakah mereka lupa bahawa Ezam pernah mengatakan Umno sedang menuju kearah kehancuran. Apakah mereka terfikir nasib mereka jika Ezam gagal menjadi benteng terakhir BN dalam Parlimen nanti?

Hakikatnya Ezam hanyalah sesumpah yang berubah-ubah rentaknya mengikut persekitarannya....

Wednesday, April 28, 2010

Ketua Penerangan Umno Cawangan Makmur Setia dilantik Senator

Riuh rendah Bahagian dan cawangan Umno seluruh negara apabila hanya berjawatan Ketua Penerangan Umno Cawangan Makmur Setia yang baru menyertai Umno kurang 3 tahun sudah dilantik sebagai Senator, Mohamad Ezam Mohd. Nor, katak yang melompat semula ke lobang najis dilantik sebagai Senator, Seorang Ketua Bahagian di Selangor yang kami temui menyatakan bantahan keras terhadap perlantikan Ezam, beliau serta beberapa pimpinan di peringkat Bahagian dan cawangan seluruh Selangor bercadang mahu menghantar memorendum bantahan kepada Presiden Umno Naijeb dalam tempoh terdekat bagi memohon pembatalan perlantikan Ezam sebagai Senator,

Beliau yang juga merupakan orang lama Umno menyatakan kami akan tentang habis habisan jika terus bertindak melantik orang yang pernah khianat terhadap Umno, kalau Ezam boleh mengkhianati Anwar bekas bos beliau yang dia bekerja puluhan tahun maknanya ezam juga boleh mengkhianat kita. Kita punyai ramai pemimpin yang berkebolehan, kenapa perlu lantik Ezam? Apa sumbangan Ezam kepada Umno? Sepanjang beliau menyertai Umno berapa kerap dia bersama kita? Dia hanya sibuk dengan bisness di Indonesia, Metting pun tak pernah datang.. dan macam-macam lagi leteran veteran Umno ni..

Kepada saudara Ezam selamat bertugas, semoga dengan gaji yang diperolehi dapat membayar segala hutang-piutang yang kian bertimbun sekarang. Boleh lah terus kekal di Malaysia memandangkan bisness kayu di Indon dah semakin merudum, kembalilah berpolitik dalam Umno yang lebih menjamin kekayaan daripada bisness yang penat tapi tak ada untung tu.

Tuesday, April 27, 2010

GAP sah Munafik dan Fasik - Yusuf Al Qaradawi

Apa lagi yang nk dikatakan oleh GAP yang disahkan Munafik dan Fasik oleh Ulamak tersohor dunia Yusuf Al Qaradawi, terang-terang dan nyata tindakan GAP mereka gambar fitnah serta menyebarkan di dalam blog beliau dan menyebabkan fitnah itu tersebar luas, apakah kerana terlalu memperjuangkan Melayu GAP lupa tentang hukum Allah.

Beberapa hari lepas Blog Gerakan Anti PKR (GAP) telah ditutup, kenapa..?? Takut ke identiti anda didedahkan..?? Kamu mungkin boleh menyorok dari kami, tapi mampukah kamu berselindung dari Allah..?? Ternyata perancangan Allah itu adalah yang terbaik, dari dulu lagi pelbagai gambar serta dokumen palsu (superimpose) saudara siarkan di blog, akhirnya kamu sendiri yang disahkan Munafik oleh Ulama Tersohor dunia. Apa kamu ingin nafikan lagi Fatwa beliau..??

Bertaubatlah GAP, mohon maaflah pada rakan-rakan yang kamu fitnah, sesungguhnya kamu tidak boleh lari dari siksaan Allah.

Sunday, April 11, 2010

Masih kah kau ingat...

Masihkah kau ingat, pada waktu itu
PBT Hulu Selangor dihadiahkan penyapu.
Lalu rakyat dendam hanya menunggu waktu.
Akhirnya BN Tumbang pada PRU yang lalu..

Masih kah kau ingat masih kah kau ingat..??

Thursday, April 8, 2010

Yusof Qaradawi diperdaya..?? - (MIK)

Tekezut tahap gaban bila aku terbaca Utusan Meloya pagi ni. (aku x beli, tengok dlm internet je) Aku ingat sapa lah ulamak umno yang akan jawab soal Fatwa Yusuf Qaradawi ni, akhirnya Ustaz Nazmi Rosli rupanya, alo bro macam la aku tak kenal sapa mu, tengok je la apa yang mu tulis dalam blog mu tu, layak ke nk komen pasal Ulamak tersohor dunia ni? Mu rasa Yusuf Qaradawi ni tak baca paper ke..?? atau dia ni sengal, sampai nk wat Fatwa pun tak study dulu apa cerita sebenar tentang si Anwar Ibrahim ni..?? Mu ingat dia macam si YB Badrul sengal tu ke.??

Kelakar aku tengok kawan-kawan aku yang pindah seberang sana tu. Korang tak takut ke Fatwa yang dikeluarkan oleh Yusuf Qaradawi, secara umumnya sesiapa yang merancang untuk memfitnah sesorang muslim itu adalah seorang yang Munafik, dan jika sesorang menyebarkan fitnah itu pula dianggap sebagai Fasik. Cuba mu tanya dengan Ulamak Um.. la kut-kut dia leh tolong korang menghalalkan tindakan korang tu. Apa hukumnya menukar imej sesorang atau bahasa mudahnya meng superimposekan gambar orang untuk dijadikan bahan fitnah..??

Pada kawan-kawan aku yang kat luar tu aku paham masalah korang, korang marahkan DSAI sebab tak layan Bos dengan baik, kenapa korang terlibat sekali dengan masalah DSAI ngan Bos..?? Pada SD n MIK kami tau korang kena marah ngn DSAI dulu, tapi tu la korng nk tau memang DSAI macam tu, dia seorang yang tegas dan keras. Pada teman-teman sume, mana mungkin kami melupakan kalian semua, tempat disembur gas lagi dikenang inikan pula tempat berjuang. Kalau pun DSAI salah, gunakanlah jalan yang betul untuk menegakkan kebenaran, jangan sampai merosakkan akidah, GAP penah cakap ngn aku, aku cuma keluar parti bukan keluar akidah, tapi lihatlah apa yang telah GAP, Keris Putra, X PKR, MIK dll lakukan, adakah dengan menyebarkan gambar superimpose dan cerita rekaan yang belum pasti kebenarannya (fitnah) itu tidak mencacatkan akidah ..?? Fikir-fikirkan... Bila nak lepak minum..??

Thursday, April 1, 2010

Melayu tak semestinya Umno, Umno tak semestinya Islam.

Aku pun tak paham la orang melayu sekarang ni, kalu Nik Aziz dia leh kata P*** M**, Ulamak tersohor dunia seperti Yusuf Qardawi pun boleh diorang pertikaikan lagi, aku pun tak paham la ulamak macam mana yang puak-puak melayu umno yang mengaku islam ni nk lagi...

Mungkin ni kut ulamak diorang



Pk lh sndri..



Monday, March 29, 2010

Ahli Umno minta bantuan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 29 Mac - Setelah dikecewakan oleh parti yang berbangga sebagai 'Juara Rakyat', penduduk setinggan kawasan Kempas di Johor Bharu yang kebanyakan adalah penyokong Umno terpaksa meminta pembelaan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan di pejabat di tingkat 14 Bangunan Parlimen, penduduk malang yang dihalau daripada penempatan yang menjadi tempat berteduh mereka selama lebih 30 tahun menyerahkan memorandum kepada Anwar.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 31 Mac dan akan turut membincangkan masalah penduduk di kampung tersebut.

"Kita akan teliti isi kandung memorandum ini di mesyuarat Pakatan Rakyat pada 31 Mac nanti dan apa bentuk tindakan yang kita boleh ambil untuk meringankan beban penduduk," jelas beliau.

Wakil penduduk, Ramli Ibrahim berkata setakat ini lebih 2,000 penduduk daripada 320 keluarga telah dihalau daripada sekitar kawasan setinggan Kempas tanpa sebarang pembelaan atau pampasan.

Baki sebanyak kira-kira 7,600 penduduk daripada 1,600 keluarga kini menunggu saat mereka diarah keluar oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang memiliki tanah tersebut.

"Apa yang kita mahu ialah pampasan sebanyak RM30,000 setiap keluarga. Kita lihat di Kampung Buah Pala, kerajaan negeri berusaha sampai penduduk dapat RM200,000 pampasan setiap keluarga dan begitu duga Kampung Berembang di Selangor.

"Kami jumpa wakil rakyat Kempas, Datuk Osman Sapian tapi dia menunjukkan sikap nak gaduh dengan kami. Dia kata,"pergilah minta tolong dari pembangkang, kalau saya minta awak semua RM100 sebulan selama 30 tahun tinggal di atas tanah kerajaan berapa awak kena bayar?". Macam inikah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno kepada kami rakyat Melayu miskin?," tegas Ramli.

Ramli mempertikaikan sikap kerajaan negeri yang memilih untuk memberi pampasan kepada pindah yang diarah berpindah.

"Ada kawasan setingga di sekitar Kempas mendapat pampasan, ada yang dapat RM10,000. RM20,000 tapi kami disini dihalau begitu sahaja.

"Kami amat berharap Datuk Seri Anwar sebagai pejuang rakyat boleh membantu kami mendapatkan pampasan dan pembelaan yang amat kami harapkan. Kami orang Melayu tapi Umno biat tak tahu sahaja untung nasib kami," kata Ramli lagi.

sumber Suara Keadilan online

Wednesday, March 24, 2010

Bloggers Jalanan Pro Ump No BeEnd terkedu


Bloggers Jalanan Pro Ump No BeEnd terkedu bila DSAI dedahkan Kempen 1 Malaysia ciplak dari kempen 1 Israel. Semalam aku sempat la lepak dengan sorang kawan bloggers pro UmpNo kt pot biasa Sek 7 shah alam, tengah duk sembang-sembang terkeluar la plak cite 1 Malaysia, dia sendiri pun terkejut dengan pendedahan tu, dia cakap "aku pun x leh ckap apa lah, aku ingat ini idea Najib" itulah ayat yang terkeluar dari mulut si mamat ni, si mamat ni kalu korang nk tau dalam blog dialah yang duk tak renti-renti tuduh DSAI ejen Israil dari dulu lagi, dulu mamat ni masa dlm PKR dia anti PAS, la ni duk anti tahap gaban pada PKR pulak.

Lagi satu aku nk cite la kan, mamat ni masa himpunan Bersih dia tak pegi, aku duk la telipon ajak dia, ni dia kata "wat pa hang pi, bukan nye ramai pun yang turun". Masa aku duk tengah-tengah ribuan manusia depan Istana aku siap wt video call kt dia tunjukkan ramainya rakyat turun masa tu. Pastu masa himpunan Hindraf kt Klang aku tak gi sebab anak aku sakit, dia pulak wt video call siap tunjuk duk bediri sebelah Gobind Singh (anak Karpal Singh) tp dlm blog dia duk melalak memperjuangkan hak melayu konon. Apa lh kawan aku sorang ni... Lu Pk Lh Sndri

Thursday, March 18, 2010

Zahrain, Tanpa Sedar Menjatuhkan Imej Agong, ATM Dan MP BN


Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Tindakan Zahrain ini menunjukkan ketidakmatangan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen yang mahu membela nasib rakyat dan menyerlahkan kebodohan dirinya sendiri.

Zahrain dalam sidang Dewan Rakyat mendedahkan Anwar telah menyatakan kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan menyokong beliau sebaik sahaja majoriti Anggota Parlimen Barisan Nasional yang melompat diperolehi pada 16 Sept lepas.

Antara 8 Anggota Parlimen BN yang dikatakan akan melompat, seperti yang dikatakan zahrain adalah Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Salleh), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah). Adakah kelapan-lapan MP BN ini akan membuat sidang media menafikannya?

Oleh kerana tindakan Zahrain yang menembak membabi buta itu telah menyebabkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam sidang media menafikan dakwaan bahawa Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam menyokong tindakan perlantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke- 6.

Apakah selepas ini akan ada pula penafian dari pihak istana menyatakan sultan tidak terlibat dengan projek 16 Sept? Alahai Zahrain kerana wang habis semua kau 'sauk'...

Friday, March 12, 2010

Penyokong Pakatan Semakin Berkurangan Semasa Ceramah!















Kesemua gambar-gambar diatas telah dirakam dari kiri pentas




Dua keping gambar diatas pula dirakam dari kanan pentas




Dua keping gambar ini pula dirakam dari tengah-tengah hadirin












Gambar-gambar diatas pula telah dirakam dari belakang hadirin

Masih ada harapankah Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia pada PRU akan datang.??

Sunday, February 14, 2010

Ape lah si Sepol ni...

Saiful yg dikatakan rajin bersembahyang dan mengaji, sampai baca "Watallahi.." pun salah, itu eja melayu lah dik... ish3x..

50 ahli Parlimen Australia gesa kerajaan gugur tuduhan fitnah DSAI.

KUALA LUMPUR, Feb 12 — Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”

Laporan ABC Online menyebut, kebanyakan yang menandatangani surat itu adalah anggota Parti Buruh termasuk setiausaha parlimen Gary Gray dan Laurie Ferguson.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Anna Burke juga menandatangani surat itu.

Di pihak Parti Liberal yang menurunkan tandatangan ialah jurucakap alam sekitar Greg Hunt dan ketua pembangkang Malcolm Turnbull.

Perbicaraan kes liwat Anwar itu bermula 3 Feb lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menetapkan Rabu depan bagi memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuannya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.

Pada prosiding selama dua jam hari ini, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus dibatalkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.

Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.

“Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tidada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.

“Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Wisma Putra akan menjelaskan fakta-fakta mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar kepada anggota Parlimen Australia.

Anifah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu akan dilakukan menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

“Kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara, seperti perbicaraan lain yang melibatkan beliau sebelum ini.

“Oleh yang demikian, reaksi daripada sekumpulan anggota Parlimen Australia dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan.

“Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.

Baru-baru ini sekumpulan anggota Parlimen Australia dilaporkan menandatangani memorandum meminta tuduhan terhadap ketua Pembangkang itu ditarik balik.

sumber : malaysian insider

Tan Sri Khalid sah bebas dari tuduhan rasuah.

Tan Sri Khalid yang pernah menjadi mangsa politik jahat UMNO untuk memburukkan imejnya dengan tuduhan rasuah pembelian lembu korban kini nyata bersih dan bebas dari tuduhan tidak berasas itu.Utusan Malaysia yang begitu rakus memaparkan di muka hadapan akhbar tersebut ternyata merupakan satu siri-siri fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat.Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdul jelas menunjukkan bahwa kepimpinan Pakatan Rakyat sentiasa komited dengan perjuangan membela nasib rakyat.

Turut digugurkan dari dakwaan adalah bekas TKM Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dan speaker Dun Perak Sivakumar.'Selective prosecution' yang senantiasa diamalkan oleh SPRM untuk membunuh karier politik pemimpin Pakatan Rakyat jelas menunjukkan keangkuhan kuasa pimpinan UMNO-BN.Ini dibuktikan dengan banyak lagi kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO yang masih tidak dibawa ke muka pengadilan lagi.

Sebaliknya SPRM hanya menonjolkan kes-kes yang melibatkan penjawat awam rendah yang didakwa terlibat dan dimalukan di akhbar-akhbar walaupun kakitangan kerajaan ini belum dibuktikan salah lagi oleh mahkamah.Kakitangan kerajaan juga sudah meluat dengan taktik kotor SPRM yang sibuk mencari kesalahan dan menangkap 'ikan bilis' sedangkan bapak-bapak jerung pemimpin UMNO yang makan suapan jutaan ringgit dibiar begitu sahaja.Di manakah keadilan?

Presiden MCA , Ong Tee Keat sehingga kini belum didakwa di mahkamah sedangkan bukti nyata dari Ahli Parlimen Bintulu BN Tiong King Sing yang dia secara peribadi memberikan Tee Keat RM 10 Juta.Kes yang mendapat liputan meluas itu sehingga kini masih tiada tindakan susulan.Lagi kes melibtakan mahligai bekas Menteri Besar Selangor juga tiada tindakan susulan.Maka tidak ada cara lain lagi demi merubah sistem di dalam negara ini yang memang diselaput kekorupan melampau dengan badan bebas seperti SPRM dengan jelas menjadi agen UMNO selain merubah Parti Pemerintah.

TUMBANG ! TUMBANG! TUMBANG BN !

BANGKIT ! BANGKIT ! BANGKIT PAKATAN !

MARA ! MARA ! PUTRAJAYA !

Thursday, February 11, 2010

KAPAL SELAM TAK LEH MENYELAM

"Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara yang juga satu satunya kapal selam Malaysia yang dibeli dengan harga 1 Bilion (tak campur komisen), KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam."

Oleh itu x boleh menyelam wat masa ni... Hmmmm.... Mushkil-mushkill.. cuba sapa2 gi cek skit.. enjin ada ka tak dak..

Beli kapal utuk selam tapi x leh menyelam.. duk berenang srupa itik... jadik la dari x dak langsung...

Tak kan srupa Nuri kut.. dah lh beli mahal x leh guna plk.. beli utk letak kat muzium kut.. hehehe...

sumber : ArRisalah

Tuesday, February 9, 2010

Kalau aku berjawatan seperti Anwar Ibrahim

Kalau aku ini manusia yang berjawatan tinggi dan berduit seperti Anwar Ibrahim, dan aku kaki perempuan dan kaki liwat, dimanakah dan siapakah manusia yang akan aku jadikan mangsa nafsu aku ini.

Driver aku kah..??
Bini PA aku kah..??
PA aku kah..??
Penganggur kah..??
Salegirl pasaraya kah..??

atau....

Zizie Ezette kah..??
Siti Nurhaliza kah..??
Ziana Zain kah..??
Zarina Zainuddin kah..??
Rita Rudani kah..??
Fasha Sanda kah..??
Diana Danielle kah..??
Dian Sastro kah..??

Aaawww tak rela..

Monday, February 8, 2010

Friday, February 5, 2010

Konspirasi Berulang...

Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim..



Wednesday, February 3, 2010

PERBICARAAN KES DSAI BERMULA....


Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk menghadapi hari pertama perbicaraan kes liwatnya.

Laungan reformasi kedengaran sebaik saja Anwar masuk ke pekarangan mahkamah yang dikawal ketat anggota polis.

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk member keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.