Tuesday, July 27, 2010

Bloogers Pro BN yang sengal..

Semalam aku terima mesej dari kawan-kawan lama yang semakin cenderung pada UmpCo (geli lh nk taip), dia kata blog hentam Suhaimi, "Keris Putera" semakin hari semakin mendedahkan siapa YB Suhaimi Raja Pasir, aku pun bukak lah blog yang dicakapkan tu, ni aku nak bagitau, 1st aku bukak dia cerita pasal YB Suhaimi nk lawan YB Yakob, apa punya sengal lah budak hingusan Keris Putera ni,

YB Suhaimi ni pembantu exco YB Yakob, dia dh jawabpun dia yang menjaga hal ehwal pasir di Selangor, lagipun ketika menjawab dia merupakan Director syarikat dan menjawab bagi pihak KSSB, baru betul, bukan macam Noh Neh yg datang dari plenet mana tah tu gi cakap pasal pasir selangor dan dalam masa yang sama a/l Toyo pun cakap jugak benda yang sama plak tu, tu baru le kes nak jatuh menjatuh (sume orang dh tau dah, orang umno yang bagitau)...

Pastu aku bukak la plak Rumah Banglo yang dikatakan milik raja pasir di Setia Alam, bila aku bukak sama plak umah yang dekat dengan tempat kerja lama aku Proton Tanjung Malim, aku buktikan kt sini Klik Sini .. tengok serupa tak dengan rumah yang mamat sengal ni upload..?? Sengal -sengal.. Rupanya gambar copy paste jew.. sengal nye mamat Keris Putera ni..

Monday, July 19, 2010

Siapakah pemilik Lubang ini..??

PANAS...!!!!

Tunggukan pendedahan oleh YB Shuhaimi tentang lubang besar yang terbentuk ini.

Apakah punca lubang ini terbentuk ?
Siapakah yang bertanggungjawab ?
Supermankah, Ultramankah atau Keluangman?

Siapa punya angkara? Maklumat yang kami terima, gambar ini adalah antara gambar yang diambil pada tahun 2008 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor dimana YB Shuhaimi dan beberapa pegawai PTD dan PTG membongkar aktiviti rakus pencuri pasir yang tidak memperdulikan arahan Pihak Berkuasa.

Kenapakah mereka begitu berani ?

Kenapakah mereka begitu berkuasa ?

Siapakah yang memberi mereka kuasa ?

Siapakah yang berselindung disebalik isu pasir di Selangor ?

Nantikan pendedahan YB Shuhaimi dan Kerajaan Negeri Selangor, inilah yang sebenarnya di takutkan oleh BN dan Umno Selangor. Nantikan gambar-gambar dan bukti-bukti yang lebih Panas..!!!

Tuesday, July 13, 2010

Lombong pasir - salah fakta

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengatakan syarikat itu pasti gambar tersebut diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat dan bukannya di Bukit Canggang seperti dilaporkan media.

"Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

"Kelulusan daripada jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB.

Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands,"jelas Abdul Khalid dalam kenyataan beliau hari ini.

Menurutnya, syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar.

Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG, kata Abdul Khalid lagi.

"Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

"Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

"Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya RM10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar," jelas Menteri Besar.

Kata Abdul Khalid, adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir.

"Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian. Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Sunday, July 11, 2010

Khir Toyo akhirnya dedah sendiri Kerakusan Umno BN di Selangor mencuri pasir

Lawak apa lah yang Mat Tempe ni cuba buat aku pun tak tahu la, Mat Tempe ni cuba jadi hero bila dedahkan aktiviti curi pasir dalam Sinar Harian hari ni (12/07/10). Aku rasa lah kan, kalau orang luar Selangor mungkinlah boleh di kelentong, tapi kalau orang Selangor semua tahu siapa kepala curi pasir dalam Selangor ni.

Aku rasa lah kan, tempat yang Mat Tempe pegi tu kan (dan bbrapa tempat panas yang lain) dah dibuat operasi beberapa kali oleh PTG, PTD dan KSSB, tapi seperti ada kuasa luarbiasa pemaju tu lah kan, selang beberapa minggu operasi jalan balik.

Aku dengar (tul ke tak tah la) kat situ jugak lah YB Shuhaimi pernah disekat oleh beberapa MPV bercermin gelap dari memasuki kawasan tu, tapi kan macamana Mat Tempe ni boleh masuk dengan mudah yek..?? Pelik, pelik, siap bawak press lagi tu.. Hebat power Mat Tempe ni..

Tadi aku dengar Sidang Dewan Negeri bila Sungai Burong tanya pasal pasir ni, MB jawab dulu curi pasir ni tak didedahkan pun pada semua, orang kampung tak tahu pun aktiviti-aktiviti tu semua haram sebab semua didalangi oleh orang-orang besar ni, sekarang bila Kerjaan PR ambil alih baru orang kampung buka mata, baru tahu semua projek pasir ni rakyat yang punya, bukan Kerajaan BN yang punya..



Antara kawasan yang YB Shuhaimi tinjau sejak 2008 menjalankan pencurian pasir yang dilindungi oleh tangan-tangan ajaib

*Sorang pakcik dari Kampung Jalan Kebun tadi tanya aku, "kata pasir ni rakyat yang punya, kalau halal mana pegi duit penjualan pasir masa zaman BN dulu..?? Kalau haram, mana kawasan dan pemaju yang telah di tangkap??
Aku jawab tanyalah MB dulu yang jugak Mat Tempe yang cuba jadi hero Malaya tu...?????

Saturday, July 10, 2010

Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000

Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 8 Julai - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mempersoalkan aset tunai berjumlah RM300,000 yang dimiliki seorang Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang dirompak beberapa hari lalu di rumahnya.

Azan merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 6 Julai lalu mengenai tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah dalam kejadian pecah rumah Exco tersebut di Pantai Selamat, Kuantan.

"Dalam berita ini perompak telah melarikan RM300,000 wang tunai dari kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana seorang Exco kerajaan negeri menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan kediaman sendiri.

"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco.

"Kita minta pihak berkuasa menyiasat laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah," ujarnya dalam sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.

Katanya, Pakatan Rakyat mendesak satu laporan terperinci berkenaan kejadian itu termasuk tindakan polis melepaskan tembakan kepada suspek terbabit.

"Kita ada statistik yang agak membimbangkan," tambah beliau.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, polis tidak menjelaskan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati.

"Siapakah mereka, apakah perlu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh ke empat orang. Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada survivor dalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kenapa perlunya membunuh semua," soal beliau.

Tian Chua berkata, selain itu timbul keraguan mengenai empat butir peluru yang telah dicuri dari rumah exco berkenaan.

"Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," ujarnya.

Beliau turut memetik statitik yang telah dijawab secara rasmi oleh Kementerian dalam negeri dewan berhubung kes tembak mati oleh pihak polis, iaitu sembilan kes pada 2005, 16 kes pada 2006, 13 kes pada 2007, 82 kes pada 2008 dan 88 kes pada 2009.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendesak polis supaya memberikan penjelasan berhubung isu tersebut memandangkan trend yang serupa berlaku dalam kejadian tembak oleh polis.

"Trend polis dari awal, bila tembak ada parang. Ini cara biasa, lepas tembak ada parang. Saya minta pihak polis beri gambaran jelas trend ini berlaku sudah lama.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan exco berkenaan yang memiliki wang tunai sehingga RM300,000.

"Mana wang ini datang, sepatutnya SPRM siasat wang ini. Bagaimana Exco ada RM300,000. Bukan siasat isu pasir sahaja," tegas beliau.


Suara Keadilan