Saturday, January 30, 2010

Nazree jambatan untuk Ezam kembali ke pangkuan PKR

TERBARU...!!!!



Agak pelik tetapi tidak mustahil, jika dulu Umno menyatakan masuknya Ezam ke Umno adalah bagi membina jambatan untuk Anwar kembali kepada Umno. Tapi itu dulu kini Ezam dikabarkan akan kembali kepada PKR. Cuma masanya belum sesuai, Nazree di amanahkan menjadi perantara DSAI dengan Ezam, Ezam mendakwa beliau meninggalkan PKR pada 2008 kerana tersilap....



Hmmm.. Apa komen anda,.. kita tunggu dan lihat..

MESYUARAT EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA KECOH



KHAIRY DIMINTA LETAK JAWATAN?
APA sudah jadi dengan mesyuarat Exco pemuda UMNO Malaysia sebentar tadi? Teman saya yang juga menghadiri mesyuarat itu segera mengsms saya dan melaporkan sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul.

Dalam politik tak ada yang mustahil. Semalam berkawan baik, hari ni mungkin bertukar jadi musuh dan mungkin lusa pula bergabung semula dan di Malaysia ni, Ibrahim Ali mungkin boleh jadi contoh paling popular, sampai digelar 'raja katak'. Semalam pulak satu lagi bukti bila Kuli boleh berceramah 'bagi pihak' kerajaan Pas Kelantan dalam isu royalti minyak.

Apakah mustahil lepas ni giliran Khairi Jamaluddin pulak berpindah kem. Dan memang pun pernah ada khabar-khabar angin yang kata Khairi ni memang rapat dengan pimpinan tertentu Pakatan Rakyat dan dia memang pernah dilihat 'agak mesra' dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Khairi memang tidak senang hati kepimpinan Najib kerana selaku ketua Pemuda UMNO dia langsung tidak diberi sebarang jawatan seperti selayaknya dan ii memperkuatkan lagi tafsiran kita kemungkinan dia akan menyeberang/paling tidak ke Parti Keadilan Rakyat gara-gara hubungannya yang baik dengan Anwar Ibrahim.

Kita lihatlah apa tindakan YB Parlimen MP Rembau itu nanti. Waktu akan menentukan hakikat nantinya.
ITU tandanya akan berlaku perpecahan di kalangan pemuda dan jangan hairan kalau YB Khairy akan menyeberangi dan bergaul dengan pemimpin PKR nantinya. Tak mustahil hal semacam ini berlaku sebab politik tiada yang mustahil.

Thursday, January 28, 2010

SPRM akui tersilap tangkap PA Exco


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengakui tersilap mendakwa PA Exco Selangor Sdr Hussin Ahmad, mereka juga menyatakan tuduhan Hussin meluluskan permit pasir adalah palsu, kerana segala permit kelulusan pasir hanya boleh di luluskan dalam pemberian kontrak oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Hussin tidak ada kuasa malah Exco sendiri pun tidak ada kuasa melantik kontraktor terbabit.

Berkenaan perbelanjaan ke China, beliau pergi atas urusan rasmi kerajaan melalui Program lawatan Perdagangan ke China dan Hussin pergi selaku pembantu Exco dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Ceramah Jore Rakyat di Shah Alam - Hangit...!!!

Ramainya orang datang.....????



Hip hip horey.. 1 Msia... 1 Msia..!!! kita je yg angkat tgn.. pak aji blkg2 tu sume wt bodo je..

cmna ni bro kita nk tawan Selangor.. Shah Alam pn x de org dtg, sume puak2 kite je... nasib baik kita duk bwh, klu duk atas stage lg la nmpak x de org dtg...