Saturday, January 30, 2010

MESYUARAT EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA KECOH



KHAIRY DIMINTA LETAK JAWATAN?
APA sudah jadi dengan mesyuarat Exco pemuda UMNO Malaysia sebentar tadi? Teman saya yang juga menghadiri mesyuarat itu segera mengsms saya dan melaporkan sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul.

Dalam politik tak ada yang mustahil. Semalam berkawan baik, hari ni mungkin bertukar jadi musuh dan mungkin lusa pula bergabung semula dan di Malaysia ni, Ibrahim Ali mungkin boleh jadi contoh paling popular, sampai digelar 'raja katak'. Semalam pulak satu lagi bukti bila Kuli boleh berceramah 'bagi pihak' kerajaan Pas Kelantan dalam isu royalti minyak.

Apakah mustahil lepas ni giliran Khairi Jamaluddin pulak berpindah kem. Dan memang pun pernah ada khabar-khabar angin yang kata Khairi ni memang rapat dengan pimpinan tertentu Pakatan Rakyat dan dia memang pernah dilihat 'agak mesra' dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Khairi memang tidak senang hati kepimpinan Najib kerana selaku ketua Pemuda UMNO dia langsung tidak diberi sebarang jawatan seperti selayaknya dan ii memperkuatkan lagi tafsiran kita kemungkinan dia akan menyeberang/paling tidak ke Parti Keadilan Rakyat gara-gara hubungannya yang baik dengan Anwar Ibrahim.

Kita lihatlah apa tindakan YB Parlimen MP Rembau itu nanti. Waktu akan menentukan hakikat nantinya.
ITU tandanya akan berlaku perpecahan di kalangan pemuda dan jangan hairan kalau YB Khairy akan menyeberangi dan bergaul dengan pemimpin PKR nantinya. Tak mustahil hal semacam ini berlaku sebab politik tiada yang mustahil.

No comments:

Post a Comment