Semalam seperti yang dirancang berlaku..
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah membuat laporan polis meminta memanggil serta menyiasat beberapa nama yang disebut oleh RPK berkenaan isu pembunuhan Altantuya..Maknanya penyiasatan kes Altantuya akan dibuka semula, pendedahan demi pendedahan akan berlaku, mereka-mereka yang dipanggil akan mendedahkan sumber, mendedahkan bukti mendedahkan kembali Najib dan Rosmah samada terlibat atau pun tidak..
Dalam ketika rakyat sudah mula lupa tentang kes Altantuya, RPK merancang mengembalikan semula ingatan rakyat tentang pembunuhan kejam yang sebenarnya masih belum selesai ini. Walaupun Azilah dan Sirul telah di hukum gantung kerana didapati bersalah meletupkan Altantuya namun dalang disebalik pembunuhan serta atas arahan siapakah yang menyebabkan kedua-dua Pegawai Pengiring Najib dan Rosmah ini sanggup bertindak sedemikian dan apakah peranan Razak Baginda yang juga dalam kes ini akan terdedah selepas ini ?
Kita tunggu dan lihat...
Siasat dakwaan Raja Petra - JMM buat lapuran Polis
1. Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada hari ini tampil membuat satu lapuran Polis terhadap pengakuan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di akhbar pada Utusan pada hari ini.
2. JMM telah meminta pihak Polis menyiasat pengakuan Raja Petra yang telah menamakan beberapa individu iaitu Nik Azmi Nik Daud, John Pang, penulis blog Din Merican dan Kolonel Azmi Zainal Abidin sebagai individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada beliau untuk dimasukkan ke dalam Akuan Bersumpah yang Raja Petra telah buat pada 18 Jun 2008.
3. JMM juga meminta supaya dakwaan Raja Petra yang didesak untuk mengeluarkan Akuan Bersumpah adalah disebabkan oleh komplot yang dijalankan oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Datuk Seri Najib menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.
4. Pihak Polis juga harus menyiasat secara terperinci dan bertindak tegas dengan memanggil individu-individu yang disebut oleh Raja Petra mengenai peranan mereka di dalam komplot untuk memfitnahkan Datuk Seri Najib dan apakah agenda sebenarnya mereka yang terlibat seperti di dakwa oleh Raja Petra.
5. Siasatan secara menyeluruh ini perlu dilakukan segera kerana sebelum ini Perdana Menteri Malaysia telah difitnah dengan niat jahat dan dasyatnya. Sekiranya dakwaan ini benar, JMM berasa sangat kesal dengan penglibatan mereka-mereka yang terlibat melakukan perbuatan jenayah memfitnah.
No comments:
Post a Comment