Thursday, March 18, 2010

Zahrain, Tanpa Sedar Menjatuhkan Imej Agong, ATM Dan MP BN


Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Tindakan Zahrain ini menunjukkan ketidakmatangan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen yang mahu membela nasib rakyat dan menyerlahkan kebodohan dirinya sendiri.

Zahrain dalam sidang Dewan Rakyat mendedahkan Anwar telah menyatakan kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan menyokong beliau sebaik sahaja majoriti Anggota Parlimen Barisan Nasional yang melompat diperolehi pada 16 Sept lepas.

Antara 8 Anggota Parlimen BN yang dikatakan akan melompat, seperti yang dikatakan zahrain adalah Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Salleh), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah). Adakah kelapan-lapan MP BN ini akan membuat sidang media menafikannya?

Oleh kerana tindakan Zahrain yang menembak membabi buta itu telah menyebabkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam sidang media menafikan dakwaan bahawa Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam menyokong tindakan perlantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke- 6.

Apakah selepas ini akan ada pula penafian dari pihak istana menyatakan sultan tidak terlibat dengan projek 16 Sept? Alahai Zahrain kerana wang habis semua kau 'sauk'...

No comments:

Post a Comment