Thursday, April 14, 2011

Raja Petra Kamaruddin memang genius

Semalam seperti yang dirancang berlaku..

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah membuat laporan polis meminta memanggil serta menyiasat beberapa nama yang disebut oleh RPK berkenaan isu pembunuhan Altantuya..

Maknanya penyiasatan kes Altantuya akan dibuka semula, pendedahan demi pendedahan akan berlaku, mereka-mereka yang dipanggil akan
mendedahkan sumber, mendedahkan bukti mendedahkan kembali Najib dan Rosmah samada terlibat atau pun tidak..

Dalam ketika rakyat sudah mula lupa tentang kes Altantuya, RPK merancang mengembalikan semula ingatan rakyat tentang pembunuhan kejam yang sebenarnya masih belum selesai ini. Walaupun Azilah dan Sirul telah di hukum gantung kerana didapati bersalah meletupkan Altantuya namun dalang disebalik pembunuhan serta atas arahan siapakah yang menyebabkan kedua-dua Pegawai Pengiring Najib dan Rosmah ini sanggup bertindak sedemikian dan apakah peranan Razak Baginda yang juga dalam kes ini akan terdedah selepas ini ?

Kita tunggu dan lihat...

Siasat dakwaan Raja Petra - JMM buat lapuran Polis

1. Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada hari ini tampil membuat satu lapuran Polis terhadap pengakuan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di akhbar pada Utusan pada hari ini.

2. JMM telah meminta pihak Polis menyiasat pengakuan Raja Petra yang telah menamakan beberapa individu iaitu Nik Azmi Nik Daud, John Pang, penulis blog Din Merican dan Kolonel Azmi Zainal Abidin sebagai individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada beliau untuk dimasukkan ke dalam Akuan Bersumpah yang Raja Petra telah buat pada 18 Jun 2008.

3. JMM juga meminta supaya dakwaan Raja Petra yang didesak untuk mengeluarkan Akuan Bersumpah adalah disebabkan oleh komplot yang dijalankan oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Datuk Seri Najib menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

4. Pihak Polis juga harus menyiasat secara terperinci dan bertindak tegas dengan memanggil individu-individu yang disebut oleh Raja Petra mengenai peranan mereka di dalam komplot untuk memfitnahkan Datuk Seri Najib dan apakah agenda sebenarnya mereka yang terlibat seperti di dakwa oleh Raja Petra.

5. Siasatan secara menyeluruh ini perlu dilakukan segera kerana sebelum ini Perdana Menteri Malaysia telah difitnah dengan niat jahat dan dasyatnya. Sekiranya dakwaan ini benar, JMM berasa sangat kesal dengan penglibatan mereka-mereka yang terlibat melakukan perbuatan jenayah memfitnah.

Friday, April 8, 2011

'Eskay mahu bunuh Anwar'

Pengakuan oleh bekas Pengawal Peribadi Datuk Megat Junid

Fitnah yang dirancang sebulan sebelum pendedahan Dato T

'Eskay threatened to destroy Anwar'

Friday, January 7, 2011

KAMI SAKSI KEJALANGAN ‘IC PROJEK’ BN?

KAMI SAKSI KEJALANGAN ‘IC PROJEK’ BN? PDF Print E-mail
Written by Admin

Share



Oleh: MUTALIB M.D

MANTAN Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang menjadi ‘Kambing Hitam’ kerana ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akob Damsah @ Yakub Damsah, 57, mendesak Kerajaan Malaysia bertanggung jawab di atas penganiayaan yang dilakukan kerajaan BN ke atas 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk beliau pada 1995.


“Jika kerajaan Jepun membayar pampasan kepada ‘Hamba Seks’ tentera Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua, kenapa Kerajaan BN tidak langsung mahu bertanggung jawab di atas ‘pemerkosaan mereka’ ke atas kebebasan kami? Bukankah kami yang telah berjasa dengan mematuhi semua arahan pemimpin BN sehingga BN berjaya merampas kuasa daripada PBS?,” tanya Yakub yang kecewa dengan layanan buruk pemimpin BN terhadap semua mangsa tahanan ISA.

Kata Yakub, Kerajaan BN yang ada pada hari ini harus bertanggung jawab membayar gantirugi kepada mangsa ISA yang ditahan secara tidak sah hanya untuk menutupi mulut pembangkang yang berterusan menghentam BN yang menang melalui pintu belakang, iaitu melalui Skandal X-Files.

(Sila Klik untuk besarkan imej)

“Tanpa pengundi hantu dan semua warga asing yang mereka rekrut dan mendapat kad pengenalan dengan menggunakan tangan kami, BN tidak akan bermimpi sampai hari ini untuk memenangi walau satu kerusi di Sabah,” ujar Yakub yang meyakini ‘Ops Gembleng’ telah berjaya mencapai misi menumbangkan kerajaan pilihan rakyat.

Menurut Yakub, beliau dan 14 rakannya memberi peluang kepada BN untuk membersihkan nama mereka dan membayar pampasan yang setimpal dengan dosa pemimpin BN terhadap mereka, kerana mereka telah mencapai kata sepakat untuk membawa isu ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ;untuk menuntut hak mereka kerana Mahkamah di Malaysia menafikan hak berkenaan disebabkan sekatan undang-undang.

Yakub mengambil kesempatan untuk berpesan kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing, agar tidak melayani karenah Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mencabarnya mengemukakan bukti kerana BN mempunyai seribu dalih untuk menyembunyikan semua bukti bertulis dan atas talian.

“Tidak payah kemukakan sebarang bukti kerana saya dan 14 rakan yang pernah ditahan di bawah ISA adalah bukti hidup yang boleh bercakap dan bertindak atas dasar kesedaran. Kami adalah bukti kejalangan BN, bukannya tulisan di atas kertas yang tidak mampu bersuara,” ujar Yakub lagi.

Jika Parlimen mahukan bukti, kata Yakub, heret kesemua 15 bekas tahanan ISA untuk memberi keterangan secara tertutup di Parlimen.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tidak bersalah. Kami mangsa keadaan ketika nyawa Kerajaan BN berada di penghujung, maka sebagai penyambung tali hayat, kami dikorbankan,” ujar Yakub yang menafikan bahawa mereka terlibat dengan Skandal IC Palsu.

Tegas Yakub, mereka tidak pernah terlibat mengeluarkan IC Palsu, sebaliknya menandatangani semua kad pengenalan biru yang tidak diketahui untuk diberikan kepada siapa di Pusat Operasi JPN melalui Skandal X-Files yang dilindungi kerajaan.

“Semua keterangan saya ada di dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir seperti yang saya pegang ini. Tidak ada sepatah ayat ditambah dan tidak ada walau satu ayat berkurang. Semua yang dilaporkan dalam buku ini adalah tepat dan menceritakan 100 peratus kebenaran,” ujar Yakub yang mengakui ada membuat Akuan Berkanun pada 5 Mac 2007 yang memperakui semua keterangannya di dalam buku berkenaan adalah benar dan bonafide.

Menurut Yakub, kesemua 14 orang mantan pegawai JPN yang mangsa tahanan secara tidak bermaruah turut bersedia memberi keterangan di hadapan Perdana Menteri atau Parlimen atau Jawatankuasa Parlimen mengenai Integriti terdiri daripada; Hamzah Tim, Asli Sidup, Balasius Biajin, Mohd Tohid Mohamad, Mohd Nasir Sungip, Ibnu Ham Tajul Arifin, Ishak Yusof Apok, Azmin Karim, Julian Damsah, Mohd Razali Samin, Jumahat Taripin, Abdul Rauf Sani, Zakaria Ahmad dan Kee Zulkifly Kee Abdul Jalil.

“Namun kita hanya akan membuka mulut, jika Kerajaan BN bersedia menebus dosa mereka dengan meminta maaf secara terbuka dan membersihkan nama kami memalui pampasan yang dipersetujui bersama. Jika tidak, kami akan teruskan niat kami mengadu kepada PBB kerana BN telah melakukan kegiatan ‘Pemerdagangan Orang’ dalam skala terbesar melalui Skandal IC Projek ini,” ujar Yakub yang tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah atau parlimen.


sumber sabahkini.net

Thursday, January 6, 2011

Hampir Semua Jabatan Kerajaan dalam Negeri Selangor dikuasai BN..??

Semalam aku membantu seorang pakcik yang mohon bantuan aku untuk menghantar beliau ke Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, bagi memohon pengesahan sokongan untuk beliau menyertai Projek Pembangunan Pertanian Negeri Selangor.

Pakcik ni lah kn, dia orang kuat PR, dalam perjalanan aku sempat berborak dengan dia berkenaan isu terhangat di pasaran sekarang ni, dia kata " aku kenai sangat dengan si Kusrin tu, sekampung ngan aku, aku tau la.." dn bla, bla, bla... tak habis lagi, "memang patut pun, jgn bagi kt dia, walaupun dia orang kg aku, dia memang orang dacin (BN) dari dulu lagi, berapa banyak dah Menteri Besar dacin (BN) dia tolong..." bla, bla, bla..

Oklah, sampai je kitorang kt pejabat YB ni, adalah sorang mamat ni memperkenalkan diri dan tanya apa tujuan datang kemari, Pakcik ni pun cakaplah apa hajat dihati, cewah.. Pakcik ni pun bagilah borang yang hendak di cop dan tandatangan,

Setelah dibelek-belek dik mamat tu tetiba dia cakap, Pakcik.. borang ni minta tandatangan JKKK @ JKKP je, tak cakap pun nak cop Adun.." aku pun bangun, dan tengok borang tu.. Tekezut berok aku bila aku tengok dalam borang tu tulis..

BAHAGIAN IV (Diisi oleh JKKK / JKKKP)
(SOKONGAN JKKK / JKKKP)

...................................
................................
* Sokongan JKKK adalah bagi Negeri-negeri di bawah Barisan Nasional
* Sokongan JKKKP adalah bagi Negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat


aku pun minta diri dan blah...
Pakcik tu terpinga-pinga tak faham apa yang berlaku, disebabkan aku kesian ngan pakcik tu aku ambik borang tu dan jumpa JKKKP kampung aku mintak dia sign, kalau tak mampus aku nak gi jumpa..

Cuma apa yang aku tak faham, kenapa Jabatan Kerajaan dalam Negeri Selangor masih berlaku sedemikian, Apa exco buat..?? so tak peliklah jika BN cuba masuk kedalam pentadbiran Kerajaan Negeri dengan menghantar Kusrin pulak..

Fikir2 lah..