Sunday, February 14, 2010

50 ahli Parlimen Australia gesa kerajaan gugur tuduhan fitnah DSAI.

KUALA LUMPUR, Feb 12 — Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”

Laporan ABC Online menyebut, kebanyakan yang menandatangani surat itu adalah anggota Parti Buruh termasuk setiausaha parlimen Gary Gray dan Laurie Ferguson.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Anna Burke juga menandatangani surat itu.

Di pihak Parti Liberal yang menurunkan tandatangan ialah jurucakap alam sekitar Greg Hunt dan ketua pembangkang Malcolm Turnbull.

Perbicaraan kes liwat Anwar itu bermula 3 Feb lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menetapkan Rabu depan bagi memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuannya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.

Pada prosiding selama dua jam hari ini, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus dibatalkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.

Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.

“Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tidada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.

“Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Wisma Putra akan menjelaskan fakta-fakta mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar kepada anggota Parlimen Australia.

Anifah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu akan dilakukan menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

“Kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara, seperti perbicaraan lain yang melibatkan beliau sebelum ini.

“Oleh yang demikian, reaksi daripada sekumpulan anggota Parlimen Australia dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan.

“Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.

Baru-baru ini sekumpulan anggota Parlimen Australia dilaporkan menandatangani memorandum meminta tuduhan terhadap ketua Pembangkang itu ditarik balik.

sumber : malaysian insider

8 comments:

  1. Di luar mahkamah, banyak petunjuk menampakkan Anwar makin terdesak. Lebih-lebih lagi selepas gagal dalam usaha untuk mengheret rakyat menyokong beliau sebagaimana kes liwat pertama 10 tahun lalu. Rakyat malah ramai penyokong pembangkang tidak mahu terjebak dalam isu moralnya. Kerana menyedari tiada sokongan, Anwar mendapatkan bantuan negara luar.

    Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita belajar daripada sejarah lampau betapa padah yang bakal menimpa jika ada pembesar dan pemimpin mengundang campur tangan asing? Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, berapakah harga yang perlu dibayar untuk semua itu? Sudah pasti terlalu besar nilai balasannya yang kedaulatan negara menjadi pertaruhan.

    Sebab itu, kita agak marah apabila 50 ahli Parlimen Australia menuntut agar pertuduhan terhadap Anwar ditarik balik. Ia adalah tindakan angkuh dan bermotif jahat. Janganlah jadi anjing yang suka menyalak. Tetapi tidak adil menyalahkan kumpulan ahli parlimen itu, semata-mata. Anwar juga perlu dipertanggungjawabkan. Gerakan beliau sejak tahun lalu bagi melobi mendapatkan simpati dan bantuan asing berhubung kes mahkamahnya, bukan rahsia lagi.

    Baru-baru ini, sekumpulan 50 orang senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan merosakkan imej negara. Mereka mahu pendakwaan ke atas Anwar dihentikan demi meningkatkan keyakinan kepada sistem undang-undang yang adil dan saksama di Malaysia.

    Laporan agensi berita asing memetik Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby sebagai berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan merasakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

    ''Para pemerhati Malaysia sukar untuk percaya bahawa seorang ketua pembangkang boleh menghadapi dakwaan liwat buat kali kedua. Pada pandangan kami, kerajaan Malaysia perlu tahu bahawa imej Malaysia di peringkat global akan terjejas dengan dakwaan ke atas Anwar. ''Kami berharap pihak berkuasa Malaysia tidak akan meneruskan dakwaan tersebut," kata surat protes berkenaan.

    Mengikut laporan, surat protes tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia, Datuk Salman Ahmad. Penghantaran surat protes berkenaan menerima pelbagai reaksi dari pelbagai pihak di Malaysia. Ada di antara pemimpin Malaysia menyifatkan Ahli Parlimen Australia itu sebagai keterlaluan dan tidak faham dengan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.Wr.Wb.Perkenalkan nama FHNA SULISTIAWATI Malaysia dari kota Medan. Salam buat
      teman saudara di mana pun anda berada . Smoga apa yg saya
      sampaikan ini bisa bermamfaat buat saudara
      semuanya dan tujuan
      saya hanya ingin berbagi buat saudara semuanya….SAYA Sdh Hampir 8 Tahun bekerja sbgai (TKW) di
      MALAYSIA. Gaji Rp 3.500.000/bulan. Itupun jka lembur
      smaleman,gaji di naikkan. Tiap kali Sya tringat sma
      KELUARGA di Kampung. Mngkin KANGEN,krn sdh lama
      tdk ketemu. Sbgai Ank ke-1,Sya wajib mmbantu
      KELUARGA. Mka dri itu tiap bulan Mngirim : 1/2 Uang dr Gaji Bulanan yg Sya Trimah. Smua ini ku lkukan sbgai
      Rasa Hormat,Tnggung Jwab,& sbgai Tlang Punggung
      KELUARGA. Bsa Memenuhi Kebutuhan Prekonomian
      KELUARGA tiap Bulannya. Agar bisa MENGURANGI BEBAN
      PIKIRAN,MASALAH srta DERITA yg slma ini KELUARGA
      Sya alami hingga kni. Alhamdulillah. #DOA .SAYA.SEKELUARGA.TERKABULKAN# Kmrin,saat Lembur
      tngah malam,ada satu Krabat/Tman TKW dtang &
      berbcra pnjng Lbar dgn Sya. Mngenai (SOLUSI) dri smua
      mslah yg Sya Sekeluarga alami. Dberiknlah Sya
      No.Ponsel : => ☎< 082-310-142-255 > AKI DARMO, Pda
      saat itu Sya lansung HUB/TELPON AKI KARYA. Sya Berbcara dgn AKI DARMO sngat Lama dan
      Membrithukn tntang smua PERMASALAHAN yg slma
      ini Sya SEKELUARGA Rasakan dan Mengalaminya.
      SYUKUR AKI DARMO Mengerti tntang apa yg
      Sya Rasakan SEKELUARGA. Dbrikanlah #SOLUSI/ JALAN# agar smuanya HILANG dari Kehidupan Sya
      SEKELUARGA & tdk akan trulan kmbli. Dlm Hati Sya
      brkta.#AMIN#.agar ini mnjdi KENYATAAN.''SUMPAH DEMI TUHAN'' Ini
      Bener2 TERBUKTI & MENJDI KENYATAAN di dlm Khdpan
      Sya. Awalx Sya tdk prcaya smua ini,tapi KEYAKINAN
      Sya sngt meyakinkan ini psti,dan Sya Melaksanakn
      prosedurnya yg di
      Perintahkn AKI DARMO Dan akhirnya Sya sngat kaget dan tak bisa berkata-kata lgi,Melihat & Men
      dengar ini Benar2 TERJADI.. Apabila Krabat/Tman2 TKW
      Ingin Sperti Sya. Kmarin Menang
      Dpt : Rp250jt.
      Slhkn HUB/TELPON Lansung AKI DARMO di : => ☎+< 082-310-142-255 > Dimna AKI DARMO Siap & Sanggup Membntu Kerabat/Tman2 TKW''JP'' hari ini.
      Sya SEKELUARGA sngat brsyukur skali,krn skarng
      HIDUP Sya sdh tdk MISKIN lgi. hingga saat ini Sya sdh
      Membuka USAHA bru & punya Tabungan Sndri di
      BANK,srta bsa membantu KELUARGA di Kampung. Ini
      smua yg Sya Proleh & Miliki Sndri,Berkat AKI DARMO Kerabat/Teman2 TKI/TKW..,yang ingin merubah
      nasib seperti saya silahkan tlpon, AKI DARMO di
      nomor. => ☎ +< 082-310-142-255 > beliau tidak menerima sms
      dan BUAT TKI/TKW YANG MAU PULANG
      KAMPUN untuk BERTEMU sama keluarga nya, AKI DARMO MEMBUKA KESEMPATAN UNTUK JACPOT MALAYSIA-SINGAPURA-HONGKONG-THAILOTRY-LOTTO -TOTO-MAGNUM DLL MENYEDIAKAN
      MULAI DARI 2 ANGKA SAMPAI 6 ANGKA TERGANTUNG
      ANGKA YANG ANDA MINTA SAMA AKI KARYA .TERIMA
      KASIH WASALAM -ATAU KTIK ALAMT BLOG AKI-http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id


      Delete
  2. Anwar yang sebelum ini cuba mencari pelbagai helah untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat keduanya ada berkunjung ke Australia pada Disember tahun lalu. Ketika itu Ketua Pembangkang tersebut meminta Australia menghantar pemerhati pilihan raya untuk pilihan raya umum yang akan datang kononnya bagi memastikan ia berjalan dengan bebas dan adil.

    Media Australia, The Sydney Morning Herald, turut memetik kenyataan Anwar yang dibuat di Australia pada Disember lalu sebagai berkata, kempen beliau pada pilihan raya umum akan datang adalah tidak mudah memandangkan kini beliau terpaksa berhadapan dengan dakwaan liwat yang baru.

    ''Senarai pengundi tidak boleh dicabar, tidak ada pendedahan media dan pegawai keselamatan tidak berpihak kepada kami (pembangkang). Pada pilihan raya umum yang lalu kami mendapat keputusan yang baik, jadi kali ini kami meminta negara asing termasuk Australia menghantar pasukan bebas," katanya.

    Dalam temu bual dengan media Australia berkenaan, Anwar turut menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang memuji amalan demokrasi di Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara ini sebagai tidak tepat. Sudah menjadi tabiat Anwar untuk menjaja cerita mengenai sistem politik di Malaysia yang kononnya tidak demokrasi di seluruh dunia bagi meraih sokongan.

    Dalam kunjungannya ke Australia ketika itu, Anwar berucap mengenai pengalaman masyarakat Islam di Asia Tenggara di Melbourne. Beliau juga menyampaikan syarahan di Universiti Monash mengenai pengalaman Asia dalam mengharungi krisis kewangan global.

    Adakah gesaan 50 ahli Parlimen Australia agar kerajaan menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan mereka tidak memahami sistem demokrasi berparlimen di sini. Didalam sistem berkenaan yang turut diamalkan di negara itu, kerajaan yang merupakan sebuah badan eksekutif tidak berhak meminta badan kehakiman menggugurkan kes tersebut apatah lagi setelah perbicaraan bermula.

    Permintaan itu juga dilihat merupakan sesuatu yang janggal kerana jika diperhatikan, Anwar telah diberikan sepenuh hak untuk memfailkan beberapa petisyen dalam mempertahankan dirinya sehingga perbicaraan itu tertangguh 18 bulan dari tarikh sepatutnya. ‘‘Kenapa mereka ghairah pertahankan Anwar, adakah ini menguatkan dakwaan bahawa Anwar merupakan darling of the west seperti yang telah kita dengar beberapa tahun lalu.

    Jika benar anggota Parlimen Australia itu mendokong dan menjuarai sistem demokrasi, apakah pula nasib pengadu dalam kes liwat itu iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan? Siapakah yang membelanya? Adakah tindakan ahli-ahli Parlimen Australia itu sebagai perbuatan bodoh dan keterlaluan. Kebodohan itu mungkin disebabkan kesemua ahli Parlimen itu merasakan Australia merupakan sebuah negara yang maju dari segala aspek terutama hak asasi dan perundangan.

    Ahli-ahli Parlimen itu perlu mencermin diri dan selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kaum Orang Asli (Aborigines) di sana sejak dahulu dan apa pula halnya dengan beberapa pembunuhan warga India di Australia yang tersebar di media antarabangsa sejak dahulu.

    Kementerian Luar Negeri sepatutnya mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta- fakta mengenai perbicaraan Anwar kepada ahli-ahli Parlimen Australia yang berkenaan. Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat.

    Penjelasan dari Wisma Putra pula perlu disampaikan kepada ahli Parlimen Australia berkenaan dan ia adalah wajar memandangkan sebelum ini mereka hanya mendengar pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh sebelah pihak iaitu Anwar sahaja. Selain memberikan penjelasan, Wisma Putra juga perlu menyampaikan mesej kepada ahli Parlimen Australia tersebut supaya mereka lebih menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman sebuah negara berdaulat yang lain.

    ReplyDelete
  3. Antara sebab-sebab mengapa ahli Parlimen Australia menyokong Anwar!

    Australia is a diverse and fairly accepting society as far as gay and lesbian people are concerned and advances continue to be made in line with developments in leading liberal democracies. Institutional discrimination is discouraged by anti-discrimination legislation and most Australians are easygoing in relation to personal sexuality.

    For those cultures where homosexuality remains strongly repressed, the openness of gay and lesbian life in parts of Australia can be liberating and empowering. Australia has been known for its sexual stereotypes, and although pockets of old ways of thinking still exist (especially outside the inner cities), modern Australia has become far more accepting of different backgrounds and sexualities.

    But it’s not all good news: queers in Australia continue to encounter iscrimination, prejudice and invisibility in many areas—for example, same-sex couples cannot get married, transgender people can experience intolerance in the gay and lesbian community, and religious groups vary in their degrees of tolerance. Nonetheless, you
    can live an open lifestyle in Melbourne, being proud of who you are, and there are many support services and groups to help you Melbourne has a large gay and lesbian population which thrives in the city’s bar and café culture (see the ‘Queer entertainment’ section below).

    Over the past ten years, broader social acceptance and the widespread use of the Internet to meet people and obtain information has changed the face of gay elbourne. Streets such as Brunswick Street in Fitzroy and Commercial Road in South Yarra are very queer-friendly, with many nightclubs, cafés and shops. Collingwood’s Smith Street and the suburbs of Northcote and Brunswick are also areas queer students tend to live in and like to hang out. Chapel Street in Prahran, and Acland and Fitzroy
    Streets in St Kilda are the southside equivalents.

    Kerajaan Australia perlu mengkaji secara mendalam dahulu sebelum mengemukakan kenyataan atau desakan. kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara, apatah lagi membabitkan Perlembagaan.
    Perlembagaan sesebuah negara bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan politik, sebaliknya perlu dihormati semua pihak termasuk di luar negara.

    Yang menjadi kemusykilan sekarang mengapa tuntutan itu dibuat pada waktu ini. Padahal sebelum ini tidak ada protes. Lagipun ini bukan satu tindakan menganiaya kerana mangsa sendiri yang membawa perkara ini ke mahkamah. Apakah ada udang di sebalik batu di sebalik tindakan ahli Parlimen Australia ini membuat tuntutan yang di lihat secara tidak langsung cuba untuk mencampuri urusan dalam negara yang berdaulat seperti Malaysia?

    ReplyDelete
  4. Hanya seorang GAY sahaja yang menyokong GAY yang lain! Bagi menyelamatkan karier politik yang semakin menjunam dan mengekalkan sokongan penyokong parti kepada dirinya, Anwar Atarturk cuba meraih sokongan antarabangsa bagi menunjukkan bahawa dirinya menjadi mangsa fitnah.Akhir-akhir ini di laman blognya setiap hari di siarkan sokongan dan simpati dari pihak luar ke atas dirinya dalam menghadapi kes liwat dengan Saiful Bukhari Azlan.

    Semua surat dan sokongan tersebut memberi mesej bahawa Anwar menjadi mangsa konspirasi politik. Namun yang anehnya hampir kesemua penyokong-penyokong Anwar di luar negara tersebut terbabit dalam lingkaran memperjuangkan hak kebebasan gay / lesbian dan mempromosi pluralisme agama di seluruh dunia.

    Kini dilaporkan 50 ahli Parlimen Australia telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kumpulan ini cuba mengajar Malaysia tentang demokrasi dan kebebasan seperti yang di amalkan di negara mereka.Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia itu menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS memperbesarkan gesaan ahli Parlimen tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar.

    Menjadi persolan siapa sebenarnya Michael Danby yang cuba diangkat hero baru yang membela Anwar ini, menurut laman wikipedia Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.Danby lahir di Melbourne, Victoria dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.

    Pernah menjadi presiden Presiden Mahasiswa Universiti Melbourne dan juga sebagai Presiden Kesatuan Mahasiswa Yahudi Australia.Pernah menjadi Penolong Setiausaha Peribadi Barry Cohen, seorang menteri dalam kerajaan Bob Hawke 1983-84, dan Editor akhbar Australia-Israel Review pada 1986-93.Pernah menjadi penasihat menteri Alan Griffiths, Menteri Perindustrian dalam kerajaan Paul Keating, 1993-94.

    Beliau dikatakan banyak memberi dorongan kepada Paul Keating dan Bob Hawke untuk menyerang Mantan Perdana Menteri Malaysia sewaktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed disebabkan tindakan Tun Dr. Mahathir yang banyak membela Palestin dan mengecam Israel.Danby merupakan satu-satunya ahli Parlimen Australia dari kelompok Yahudi sehingga tahun 2007 apabila semakin ramai orang Yahudi Australia dipilih sebagai pewakilan seperti Mark Dreyfus.Beliau sering bercakap dan memperjuangkan sokongan kepada Israel dan menengtang tindakan Anti semitik.

    Tahun 2005, apabila terdapat jurnalis , Antony Loewenstein, yang memperlekeh dan kritikal terhadap komuniti Yahudi Australia, Danby telah mengambil tindakan menyatukan komuniti Yahudi di Australia memboikot pernerbit buku tersebut iaitu Melbourne University Press. Beliau menggangap sikap penulis tersebut dalam membincangkan isu konflik Israel-Palestin lebih kepada propaganda anti Israel.

    Dalam ucapan beliau di Parlimen Persekutuan pada Disember 2008, ekoran terjadinya peristiwa serangan Mumbai November 2008, Danby menyatakan adalah penting untuk mengingati nama-nama mangsa dan kematian Rabi Gavriel Noach Holtzberg, Rivka Holtzberg dan yang lainnya kerana mereka adalah Yahudi."saya bangun bersuara di dewan parlimen ini dan memuji memori kematian orang-orang tidak berdosa yang terkorban di di Mumbai Ch hanya kerana mereka adalah orang Yahudi” kata Danby sewaktu sidang Parlimen tersebut.

    Ketaksuban beliau terhadap agama Yahudi menyebabkan majlis perkahwinan Yahudi diadakan buat pertama kalinya di bangunan Parlimen Australia.Di Australia beliau dan Mike Kelly dianggap sebagai orang yang bertangungjawab melobi Kerajaan Australia agar memberikan sokongan kepada Israel dan Zionis.

    ReplyDelete
  5. Melalui lobi-lobi Yahudi yang diusahakan oleh Danby dan Kelly dan termasuk La Gilladine orang Yahudi di Australia dapat mengawal politik Australia mengikit apa yang diingin zionis, begitu juga dengan dasar luar negeri Australia. Danby juga banyak memberi dokongan dan sokongan keatas tindakan kekejaman Israel kepada Palestin di Gaza.

    Selain tokoh kepada kumpulan Yahudi Danby juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia.Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

    Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi keapada kelompok gay, disebabkan Howard gagal memperjuangkan hak golongan Gay dalam beberapa isu menyebabkan kumpulan gay/lesbian di Australia mengambil tindakan menyokong Danby dan parti buruh dalam pilihanraya Australia.

    Disebabkan Danby juga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (PBB ) pernah mendapati bahawa Australia berada dalam keadaan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa kerana kerajaan Australia mewujudkan peraturan pasangan Gay tidak boleh menerima pencen daripada pasangan mereka yang meninggal dunia. Rujuk kepada kes Edward Young, seorang gay dari Sydney Australia yang merupakan veteran perang dunia ke II .

    Dia telah meminta kerajaan meluluskan pencen dari pasangannya yang telah gagal diberikan oleh pihak kerajaan.Michael Danby lancarkan Tahun 2003 bagi menunjukkan sokongannya kepada kelompok hubungan Gay/lesbian beliau telah melancarkan RainbowAwards, majlis anugerah khusus untuk kelompok gay/lesbian di Australia.

    Bagi menunjukkan beliau komited memperjuangkan nasib kelompok Gay Australia beliau telah melantik seorang wartawan dan aktivis dari kelompok gay sebagai pegawai pembantunya."Saya gembira Adam sudi berkerjasama dengan saya bagi pemilihan akan datang,

    ”"saya tahu bahawa komuniti gay dan lesbian merupakan kelompok penting daripada bilangan pengundi di Melbourne Port, dan Adam mempunyai pengalaman hebat dalam memperjuangkanhak-hak gay dan lesbian, dan saya percara dia akan dapat membantu membantu saya mewakili komuniti lebih berkesan. " kata Michael Danby.

    Adam Carr telah menjadi aktivis gay dan wartawan sejak akhir tahun 1970. Pernah menjadi editor majalah homoseksual Australia. Bagi memenangi kelompok Gay di Australia, Danby juga pernah mengambil bahagian dalam perarakakan gay di Sydney dan Melbourne, bagi mendesak masyarakat mengiktiraf kelompok tersebut dalam masyarakat.

    Berdasarkan fakta ini sebenarnya adalah tidak menjanggalkan jika ahli Parlimen Australia mengambil tindakan membuat bantahan terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa Anwar Ibrahim.

    Anwar dan Danby sebenarnya saling mengenali, sewaktu dialog antara agama di Australia Disember 2009 sebelum ini yang membincangkan pentingnya pluralisme agama, kedua tokoh ini sempat berbincang dan bersua muka antara satu sama lain.

    Bukanlah suatu yang janggal sebenarnya apabila seorang pejuang gay dan Yahudi membela Anwar Ibrahim, tetapi adalah suatu yang janggal jika ada kelompok masyarakat islam sanggup bersama-sama bertakbir membela keburukan yang dilakukan Anwar Ibrahim.

    Itulah sebab mengapa mereka menyokong Anwar. Kawan dok tolong kawan katakan! Spesis mereka sama juga! Sama rata sama rasa depan belakang sama saja!

    ReplyDelete
  6. Statement nie paling kelakar aku baca.jgn nak membela membabi buta.Rakyat semua dah tau siapa sebenarnya Anu-war.Kenapa sorg demi sorg MP PKR keluar parti dan menghentam kawan sendiri???
    Jgn dok membohong rakyat.berapa banyak pun lu org tulis rakyat makin menyampah.
    so lu org boleh BLAH!!!!

    ReplyDelete
  7. HAHAHAHAHA... nampak sangat la PR dah terdesak..blog hampas..Dh la artikel copy/paste, layout put nk copy/paste!!!
    Memang bangsat btul la...

    ReplyDelete