Monday, March 29, 2010

Ahli Umno minta bantuan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 29 Mac - Setelah dikecewakan oleh parti yang berbangga sebagai 'Juara Rakyat', penduduk setinggan kawasan Kempas di Johor Bharu yang kebanyakan adalah penyokong Umno terpaksa meminta pembelaan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan di pejabat di tingkat 14 Bangunan Parlimen, penduduk malang yang dihalau daripada penempatan yang menjadi tempat berteduh mereka selama lebih 30 tahun menyerahkan memorandum kepada Anwar.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 31 Mac dan akan turut membincangkan masalah penduduk di kampung tersebut.

"Kita akan teliti isi kandung memorandum ini di mesyuarat Pakatan Rakyat pada 31 Mac nanti dan apa bentuk tindakan yang kita boleh ambil untuk meringankan beban penduduk," jelas beliau.

Wakil penduduk, Ramli Ibrahim berkata setakat ini lebih 2,000 penduduk daripada 320 keluarga telah dihalau daripada sekitar kawasan setinggan Kempas tanpa sebarang pembelaan atau pampasan.

Baki sebanyak kira-kira 7,600 penduduk daripada 1,600 keluarga kini menunggu saat mereka diarah keluar oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang memiliki tanah tersebut.

"Apa yang kita mahu ialah pampasan sebanyak RM30,000 setiap keluarga. Kita lihat di Kampung Buah Pala, kerajaan negeri berusaha sampai penduduk dapat RM200,000 pampasan setiap keluarga dan begitu duga Kampung Berembang di Selangor.

"Kami jumpa wakil rakyat Kempas, Datuk Osman Sapian tapi dia menunjukkan sikap nak gaduh dengan kami. Dia kata,"pergilah minta tolong dari pembangkang, kalau saya minta awak semua RM100 sebulan selama 30 tahun tinggal di atas tanah kerajaan berapa awak kena bayar?". Macam inikah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno kepada kami rakyat Melayu miskin?," tegas Ramli.

Ramli mempertikaikan sikap kerajaan negeri yang memilih untuk memberi pampasan kepada pindah yang diarah berpindah.

"Ada kawasan setingga di sekitar Kempas mendapat pampasan, ada yang dapat RM10,000. RM20,000 tapi kami disini dihalau begitu sahaja.

"Kami amat berharap Datuk Seri Anwar sebagai pejuang rakyat boleh membantu kami mendapatkan pampasan dan pembelaan yang amat kami harapkan. Kami orang Melayu tapi Umno biat tak tahu sahaja untung nasib kami," kata Ramli lagi.

sumber Suara Keadilan online

Wednesday, March 24, 2010

Bloggers Jalanan Pro Ump No BeEnd terkedu


Bloggers Jalanan Pro Ump No BeEnd terkedu bila DSAI dedahkan Kempen 1 Malaysia ciplak dari kempen 1 Israel. Semalam aku sempat la lepak dengan sorang kawan bloggers pro UmpNo kt pot biasa Sek 7 shah alam, tengah duk sembang-sembang terkeluar la plak cite 1 Malaysia, dia sendiri pun terkejut dengan pendedahan tu, dia cakap "aku pun x leh ckap apa lah, aku ingat ini idea Najib" itulah ayat yang terkeluar dari mulut si mamat ni, si mamat ni kalu korang nk tau dalam blog dialah yang duk tak renti-renti tuduh DSAI ejen Israil dari dulu lagi, dulu mamat ni masa dlm PKR dia anti PAS, la ni duk anti tahap gaban pada PKR pulak.

Lagi satu aku nk cite la kan, mamat ni masa himpunan Bersih dia tak pegi, aku duk la telipon ajak dia, ni dia kata "wat pa hang pi, bukan nye ramai pun yang turun". Masa aku duk tengah-tengah ribuan manusia depan Istana aku siap wt video call kt dia tunjukkan ramainya rakyat turun masa tu. Pastu masa himpunan Hindraf kt Klang aku tak gi sebab anak aku sakit, dia pulak wt video call siap tunjuk duk bediri sebelah Gobind Singh (anak Karpal Singh) tp dlm blog dia duk melalak memperjuangkan hak melayu konon. Apa lh kawan aku sorang ni... Lu Pk Lh Sndri

Thursday, March 18, 2010

Zahrain, Tanpa Sedar Menjatuhkan Imej Agong, ATM Dan MP BN


Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Tindakan Zahrain ini menunjukkan ketidakmatangan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen yang mahu membela nasib rakyat dan menyerlahkan kebodohan dirinya sendiri.

Zahrain dalam sidang Dewan Rakyat mendedahkan Anwar telah menyatakan kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan menyokong beliau sebaik sahaja majoriti Anggota Parlimen Barisan Nasional yang melompat diperolehi pada 16 Sept lepas.

Antara 8 Anggota Parlimen BN yang dikatakan akan melompat, seperti yang dikatakan zahrain adalah Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Salleh), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah). Adakah kelapan-lapan MP BN ini akan membuat sidang media menafikannya?

Oleh kerana tindakan Zahrain yang menembak membabi buta itu telah menyebabkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam sidang media menafikan dakwaan bahawa Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam menyokong tindakan perlantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke- 6.

Apakah selepas ini akan ada pula penafian dari pihak istana menyatakan sultan tidak terlibat dengan projek 16 Sept? Alahai Zahrain kerana wang habis semua kau 'sauk'...

Friday, March 12, 2010

Penyokong Pakatan Semakin Berkurangan Semasa Ceramah!















Kesemua gambar-gambar diatas telah dirakam dari kiri pentas




Dua keping gambar diatas pula dirakam dari kanan pentas




Dua keping gambar ini pula dirakam dari tengah-tengah hadirin












Gambar-gambar diatas pula telah dirakam dari belakang hadirin

Masih ada harapankah Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia pada PRU akan datang.??

Sunday, February 14, 2010

Ape lah si Sepol ni...

Saiful yg dikatakan rajin bersembahyang dan mengaji, sampai baca "Watallahi.." pun salah, itu eja melayu lah dik... ish3x..

50 ahli Parlimen Australia gesa kerajaan gugur tuduhan fitnah DSAI.

KUALA LUMPUR, Feb 12 — Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”

Laporan ABC Online menyebut, kebanyakan yang menandatangani surat itu adalah anggota Parti Buruh termasuk setiausaha parlimen Gary Gray dan Laurie Ferguson.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Anna Burke juga menandatangani surat itu.

Di pihak Parti Liberal yang menurunkan tandatangan ialah jurucakap alam sekitar Greg Hunt dan ketua pembangkang Malcolm Turnbull.

Perbicaraan kes liwat Anwar itu bermula 3 Feb lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menetapkan Rabu depan bagi memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuannya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.

Pada prosiding selama dua jam hari ini, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus dibatalkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.

Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.

“Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tidada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.

“Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Wisma Putra akan menjelaskan fakta-fakta mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar kepada anggota Parlimen Australia.

Anifah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu akan dilakukan menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

“Kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara, seperti perbicaraan lain yang melibatkan beliau sebelum ini.

“Oleh yang demikian, reaksi daripada sekumpulan anggota Parlimen Australia dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan.

“Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.

Baru-baru ini sekumpulan anggota Parlimen Australia dilaporkan menandatangani memorandum meminta tuduhan terhadap ketua Pembangkang itu ditarik balik.

sumber : malaysian insider

Tan Sri Khalid sah bebas dari tuduhan rasuah.

Tan Sri Khalid yang pernah menjadi mangsa politik jahat UMNO untuk memburukkan imejnya dengan tuduhan rasuah pembelian lembu korban kini nyata bersih dan bebas dari tuduhan tidak berasas itu.Utusan Malaysia yang begitu rakus memaparkan di muka hadapan akhbar tersebut ternyata merupakan satu siri-siri fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat.Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdul jelas menunjukkan bahwa kepimpinan Pakatan Rakyat sentiasa komited dengan perjuangan membela nasib rakyat.

Turut digugurkan dari dakwaan adalah bekas TKM Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dan speaker Dun Perak Sivakumar.'Selective prosecution' yang senantiasa diamalkan oleh SPRM untuk membunuh karier politik pemimpin Pakatan Rakyat jelas menunjukkan keangkuhan kuasa pimpinan UMNO-BN.Ini dibuktikan dengan banyak lagi kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO yang masih tidak dibawa ke muka pengadilan lagi.

Sebaliknya SPRM hanya menonjolkan kes-kes yang melibatkan penjawat awam rendah yang didakwa terlibat dan dimalukan di akhbar-akhbar walaupun kakitangan kerajaan ini belum dibuktikan salah lagi oleh mahkamah.Kakitangan kerajaan juga sudah meluat dengan taktik kotor SPRM yang sibuk mencari kesalahan dan menangkap 'ikan bilis' sedangkan bapak-bapak jerung pemimpin UMNO yang makan suapan jutaan ringgit dibiar begitu sahaja.Di manakah keadilan?

Presiden MCA , Ong Tee Keat sehingga kini belum didakwa di mahkamah sedangkan bukti nyata dari Ahli Parlimen Bintulu BN Tiong King Sing yang dia secara peribadi memberikan Tee Keat RM 10 Juta.Kes yang mendapat liputan meluas itu sehingga kini masih tiada tindakan susulan.Lagi kes melibtakan mahligai bekas Menteri Besar Selangor juga tiada tindakan susulan.Maka tidak ada cara lain lagi demi merubah sistem di dalam negara ini yang memang diselaput kekorupan melampau dengan badan bebas seperti SPRM dengan jelas menjadi agen UMNO selain merubah Parti Pemerintah.

TUMBANG ! TUMBANG! TUMBANG BN !

BANGKIT ! BANGKIT ! BANGKIT PAKATAN !

MARA ! MARA ! PUTRAJAYA !